Saturday 6 November 2010

SHARE: WARNA yang DISUKAI MELAMBANGKAN SIKAP TERPENDAM??lu pikiaq ar sndiri.hehe :)

MERAH
-bsemgt n btenaga..
-optimis
-tdak cpt kecewa apabila alami kegagaln..

HITAM
-sgt realistik..
-punya rancangn utk setiap pkara yg dibuat..
-brusaha menuju ke msa dpn..
-anggun n bcita-cita tggi..
-mpunyai pndirian dri
-pndai ambil berat akn org lain..
KUNING
-kreativti n perasaan ingin tahu yg tggi b'banding org lain..
-minat dlm aktvti sukan..
-bkeyakinan n pngetahuan luas..

MERAH JAMBU
-org yg ingin memaparkn keremajaan n keaktifannya..
-suka melarikn dri dpd knyataan..

HIJAU
-suka akn keamanan..
-tkt utk tinggal sorang n lebih suka khidupan yg bkelmpok..
-pakar dlm bkomunikasi..
-bcita-cita tggi n brusaha mncapai impian..

BIRU
-sgt rasional..
-tdak kelam-kabut ktika bdpn dgn mslh..
-dpt atasi sgala mslh dgn baik..
-tdak pndai bgaul n hnya bgaul dgn kwn rapat shja..
-sgt dihormati kerana kpcyaan n keyakinan pd anda..
-tegas dgn pndrian

UNGU
-bjiwa seni
-bfkiran negatif
-penilaian yg amat tajam..

COKLAT
-sgt bhati-hati
-slalu mbuat pnilaian atas dri sndri..
-org slh agp anda sorg yg sombg..

SHARE: UBAT MEMBERSIHKAN DOSA dan MENYEMBUHKAN PENYAKIT HATI :D

apakah ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

"Ambillah sepuluh macam ramuan:

1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
5. Masukkan dalam kuali taqwa,
6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Thursday 4 November 2010

Hidup Sorg Guru Bahasa Melayu (kpd rkan2ku d ipg..ehe..)

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,kamu semua mesti menjawabdengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)